fbpx

BAM cabar pemain muda buktikan kemampuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUSTIN dicabar menampilkan permainan terbaik pada saingan BATC bulan depan dalam misi merebut tempat ke skuad Piala Thomas.

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mencabar dua pemain muda perseorangan lelaki, Justin Hoh dan Eogene Ewe untuk keluar dari zon selesa dengan membuktikan kemampuan mereka pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) dari 13 hingga 18 Februari ini.

Jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Tey Seu Bock berkata, sudah tiba masanya dua pemain muda itu diberikan peluang selepas Leong Jun Hao diketepikan untuk berada dalam skuad kali ini.

“Jika tidak sekarang, sampai bila lagi nak bagi peluang kepada pemain muda ini. Bagi saya, ini satu cabaran kepada pemain remaja untuk meyakinkan barisan jurulatih.

“Macam Justin, bukan mudah jika diberi tanggungjawab perseorangan ketiga. Mereka perlu ambil cabaran ini dan belajar untuk menghadapi segala tekanan,” katanya pada sidang media pengumuman pemain di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara  semalam.

Dalam pada itu, Seu Bock mengakui, Justin belum pulih sepenuhnya selepas berehat panjang sebelum ini berikutan kecederaan putus achilles tendon kaki kiri pada April tahun lalu.

“Ia adalah proses (pemulihan) yang memakan masa. Bagi Justin, mungkin lebih sukar untuknya kerana selepas sesi latihan, dia perlu buat rehab. Dia juga telah menyertai kejohanan di Thailand dan Sri Lanka sebelum beraksi di BATC.

“Sudah tentu ada peluang (ke Piala Thomas), sebab itu kami beri peluang kepada barisan pemain remaja membuktikan keupayaan mereka bagi membolehkan kami membuat pemilihan untuk skuad Piala Thomas,” katanya.

Skuad lelaki negara turun pada edisi kali selaku juara bertahan selepas menewaskan Indonesia 3-0 di pentas final dua tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI