fbpx

Banjir: 1,067 orang masih terjejas di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota tentera sedang melakukan pemantauan banjir di Kampung Nibong, Hulu Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Banjir gelombang keempat yang melanda Terengganu sejak Selasa lalu masih menjejaskan 1,067 mangsa daripada 312 keluarga.

Setakat ini, sebanyak 13 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di empat daerah iaitu Setiu, Besut, Dungun dan Hulu Terengganu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Setiu menjadi daerah paling terjejas dengan 603 mangsa daripada 169 keluarga berada di tujuh PPS.

“Seramai 13 mangsa daripada enam keluarga pula berada di sebuah PPS di Besut.

“Sebanyak dua PPS yang masih menempatkan 268 mangsa daripada 84 keluarga masih beroperasi di Dungun,” katanya di sini hari ini.

Sekretariat JPBN Terengganu berkata, seramai 183 mangsa daripada 53 keluarta berada di tiga PPS di Hulu Terengganu.

Beliau berkata, Kemaman dan Marang yang sebelum ini dilanda banjir telah pulih sepenuhnya dengan empat PPS dibuka sebelum ini ditutup sepenuhnya secara berperingkat pada semalam dan hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI