fbpx

Pesohor wanita buat penggambaran di tengah jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELL merakamkan dirinya berjalan di tengah-tengah jalan raya di Thailand, Ahad lalu. - Foto Twitter/Red Skull

BANGKOK  –  Netizen Thailand mengkritik seorang pesohor media sosial wanita kerana merakam video dirinya  berjalan di tengah jalan raya ketika beberapa buah motosikal bergerak laju, lapor portal berita Thaiger semalam

Akaun Red Skull di Twitter berkongsi video pesohor wanita tersebut yang dikenali sebagai  Nutsima ‘Bell’ Sirisoonthorn, melakukan perbuatan berbahaya pada Ahad lalu.

Menurut Red Skull, seorang wanita tempatan yang menjadi saksi kejadian telah menghantar klip video tersebut.

Dalam video itu, Bell yang memakai kasut tinggi warna merah jambu dan berpakaian cerah,  berjalan di tengah jalan raya, manakala tangan kanannya memegang tripod yang menyokong  telefon bimbit berkamera.

Netizen  kemudian berkata, perbuatan Bell membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain selain tidak mempedulikan nyawa orang lain.

Wanita yang merupakan anak bekas pegawai kanan Tentera Udara Diraja Thailand itu akhirnya meminta maaf menerusi akaun Instagramnya, @bellsiris.

Bell menjelaskan bahawa dia melakukan penggambaran untuk kempen iklan sebuah jenama pakaian dan melakukannya dengan cuai. Dia mengaku perbuatannya adalah contoh buruk kepada pengikutnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI