fbpx

Baiki paip maksimum 48 jam atau kerja lencongan 144 jam?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerajaan negeri mempertinbangkan dua opsyen bagi menyelesaikan masalah bekalan air kepada 200,000 pengguna terjejas ketika ini.

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang mempertimbang dua opsyen bagi memastikan pengguna terjejas memperoleh bekalan air semula susulan kejadian paip pecah di dasar Sungai Perai, petang semalam.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, opsyen pertama melibatkan kerja-kerja membaiki paip bocor itu yang dijangka mengambil masa 24 hingga 48 jam.

“Pakar penyelam yang telah dimobilisasi akan dapat melakukan penilaian terhadap paip di bawah air dan sekiranya keadaan mengizinkan penyelam akan dapat membaiki paip yang bocor ini.

“Kerja ini jika sesuai dijalankan ia boleh disiapkan dalam tempoh antara 24 hingga 48 jam, ini pilihan pertama yang kita ada,” katanya selepas meninjau kawasan Sungai Perai dekat sini, malam tadi.

Semalam, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan pihaknya telah mengesan kebocoran besar pada bahagian saluran paip 1,350 milimeter (mm) di dasar Sungai Perai yang menyebabkan berlaku gangguan bekalan air kepada kira-kira 200,000 pengguna di negeri ini.

Menurut Kon Yeow, pilihan kedua pula ialah mempercepat pemasangan paip alternatif yang disedang giat dijalankan dan dijangka mengambil masa lima atau enam hari.

“Kerja ini sedang dilaksanakan dan dijangka mengambil masa lima hingga enam hari lagi untuk siapkan pelencongan dan penyambungan paip gantian supaya bekalan air dapat disambungkan kepada pengguna,” katanya.

Kon Yeow yang juga Pengerusi PBAPP berkata, setelah penilaian dibuat, pihaknya akan memaklumkan kepada pengguna mengenai pilihan mana yang sesuai untuk membaiki masalah kebocoran itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI