fbpx

Agong titah supaya Jemaah Menteri tidak dikaburi kedudukan, harta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar anggota pentadbiran tidak dikaburi dengan kedudukan, harta dan kepentingan peribadi.

Titah itu disampaikan menerusi warkah Al-Sultan Abdullah yang dibacakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Al-Sultan Abdullah juga menitahkan supaya anggota pentadbiran kerajaan terus menabur khidmat bakti kepada rakyat demi Malaysia.

“Peringatan itu disampaikan baginda menerusi warkah perutusan terakhir yang diserahkan kepada Perdana Menteri ketika sesi menghadap untuk mesyuarat pra-Kabinet di Istana Negara semalam.

“Dalam warkah itu, Tuanku menitahkan nasihat, peringatan (menerusi) sepotong ayat yang pernah dinukil Imam Al-Ghazali – ‘Sebenarnya kerosakan rakyat disebabkan kerosakan pemimpinnya, dan kerosakan pemimpin disebabkan oleh kerosakan ulama, dan kerosakan ulama disebabkan cinta harta dan kedudukan’.

“Itulah peringatan yang telah dititah Tuanku dan disampaikan kepada Jemaah Menteri sebagai peringatan agar kami sentiasa berkhidmat demi negara dan tidak memikirkan tentang kedudukan atau harta benda dan (kepentingan) peribadi,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI