fbpx

AGC bakal bangunkan projek resort eko di Palau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pengurusan kanan mewakili AGC dan juga Kerajaan Negeri Airai pada majlis memeterai perjanjian di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Airai Global Corporation (AGC), sebuah firma pelaburan yang dibiayai bersama oleh pelabur dari Singapura dan Malaysia telah memasuki Republik Palau dalam usaha mewujudkan ekonomi hijau di negara pulau berkenaan.

Palau yang terletak di sebelah barat Lautan Pasifik terdiri daripada kira-kira 340 pulau yang membentuk kawasan berkeluasan 459 kilometer (km) persegi.

Airai adalah salah satu daripada enam belas negeri Palau, meliputi kawasan seluas 44 km persegi dan mempunyai prospek cerah untuk pembangunan.

AGC dan Kerajaan Negeri Airai telah menandatangani perjanjian kerjasama untuk pembangunan resort eko bersepadu baru-baru ini, berkemungkinan meliputi keluasan tanah sehingga 23 juta meter persegi yang bakal memacu perkembangan ekonomi Palau.

Menurut kenyataan bersempena majlis menandatangani kerjasama dan sidang akhbar di Kuala Lumpur, AGC menjelaskan ia akan turut terlibat dalam pembangunan zon ekonomi khas dan pelbagai bidang lain seperti penjagaan kesihatan moden, pembangunan vila premium, pelabuhan, infrastruktur pelancongan dan taman tema.

Palau bukan sahaja dianggap destinasi untuk pelaburan, malah strategik untuk penjagaan kesihatan dan kesejahteraan semula jadi.

“Tanpa industri berat dan pertanian intensif, kebanyakan kawasan di Palau adalah kekal tulen dan bebas daripada pencemaran.

“Dengan melawat Palau untuk penginapan singkat, ia mungkin akan meningkatkan jangka hayat anda dan hal ini bukannya sesuatu yang boleh dibeli,” jelas kenya­taan itu.

Turut dikenali sebagai ‘Syurga di Bumi’, Palau telah dinamakan sebagai antara 50 tempat wajib dikunjungi sepanjang hayat oleh National Geographic. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI