fbpx
Kereta api laju dari Jakarta ke Bandung mendapat tempat pelancong luar negara.

Dulu Hatyai, kini ke Jakarta, Bandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Orang Malaysia jika ada cuti umum panjang, cukup bulan dapat gaji dan juga dapat tiket kapal terbang yang murah, pastinya mereka ligat membuat perancangan untuk keluar bercuti.

Tidak kira dalam negeri atau luar negara, orang Malaysia pelbagai peringkat umur, latar belakang dan kerjaya, pastinya suka bercuti.

Jika sebelum ini, sempadan Thailand khususnya Hatyai menjadi tumpuan rakyat di negara ini kerana ia begitu mudah untuk diakses menggunakan pengangkutan awam atau memandu masuk ke negara jiran itu.

Bagaimanapun, bencana banjir besar yang melanda destinasi percutian dan ‘syurga’ makan-makan serta membeli-belah itu, segala perancangan yang dibuat terpaksa ditunda sehinggakan ada yang terpaksa membuat perancangan lain dengan bercuti ke negara bersalji pada hujung tahun lalu.

Impak bencana alam yang melibatkan kerugian jutaan ringgit itu akan mengambil masa yang lama untuk kembali tetapi kini secara berperingkat Hatyai semakin ceria dengan menyediakan persekitaran baharu untuk pelancong kembali bercuti di sana.

Kini, negara jiran Indonesia pula menjadi tumpuan apatah lagi nilai matawang rupiah yang menyusut serta disokong persiapan untuk membeli keperluan baju raya di Jakarta dan Bandung.

Tidak hairanlah jika salah seorang pegawai daripada jabatan komunikasi korporat sebuah syarikat penerbangan memaklumkan bahawa kadar muatan penumpang untuk penerbangan ke negara jiran itu hampir penuh setiap hari pada bulan Februari ini sebelum tibanya bulan puasa.

Seorang rakan penulis yang baru menukar ringgit Malaysia ke rupiah juga memuat naik status dalam media sosialnya menyatakan dia kini ‘jutawan segera’ , mahu segera berkunjung ke Indonesia bulan depan.

Lebih menarik lagi, dua destinasi popular itu begitu banyak pusat beli-belah moden, factory outlet yang dapat memenuhi keperluan pengunjung dari Malaysia selain terdapatnya pelbagai kedai, kafe makanan, minuman serta manisan yang tular di media sosial.

Tidak hairanlah terlalu banyak kini promosi pakej percutian ke Indonesia pada harga menarik di semua platform media sosial yang menunjukkan ejen-ejen pelancongan sedang berusaha menguasai pasaran berpotensi itu.

Malaysia dianggap sebagai lubuk duit bagi sebahagian rakyat Inodnesia yang mahu mengubah kehidupannya dan keluarga sehingga terpaksa bergolok gadai untuk berhijrah, sehingga ada yang terpaksa berkorban nyawa melalui jalan laut dengan menaiki kapal yang penuh sarat dengan penumpang.

Ada yang berjaya sampai ke sempadan, ada yang ditipu ejen atau ada terkorban di tengah laut selain ditahan oleh pihak berkuasa.

Tetapi berbeza pula dengan rakyat Malaysia, mereka dengan mudah berbelanja besar di Indonesia semata-mata untuk memenuhi kepuasan bercuti, beriadah, menaiki gunung, membeli-belah dan menikmati makanan tular kerana bagi mereka segala-galanya murah di sana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN