fbpx

[VIDEO] Brek lori tidak berfungsi punca lori rempuh 7 kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sebuah lori yang mengalami masalah brek sebelum melanggar kenderaan di lampu isyarat di Jalan Ara Kuda, Tasek Gelugor, semalam.

SEBERANG PERAI – Kegagalan brek punca sebuah lori tanpa muatan melanggar tujuh kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ara Kuda, Tasek Gelugor di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Superintendan Siti Nor Salawati Saad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terbabit kira-kira pukul 11.15 pagi.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, lori terbabit sedang dalam perjalanan dari Tasek Gelugor menghala ke Lunas, Kedah.

“Setibanya di lampu isyarat, brek lori itu dikatakan tiba-tiba gagal berfungsi dengan baik mengakibatkan pemandu cuba memperlahankan kenderaan dengan bergerak ke kiri dan kanan.

“Walau bagaimanapun, pemandu lori terbabit gagal berhenti dan merempuh kenderaan lain antaranya sebuah Perodua Myvi dan Proton Waja,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, impak rempuhan terbabit menyebabkan kedua-dua kereta itu kemudiannya melanggar kenderaan lain yang berada di hadapan lampu isyarat.

“Seorang pemandu kereta cedera ringan manakala tiada kecederaan dilaporkan membabitkan pengguna lain dalam insiden berkenaan. Kes disiasat dibawah Peraturan 10, Kaedah Kaedah Lalulintas 1959,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI