fbpx

Amaran hujan berterusan di Pahang, Johor, Sarawak ditamatkan serta-merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Amaran hujan berterusan tahap waspada yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) di tiga negeri semalam, ditamatkan hari ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata, berdasarkan analisis model-model cuaca, didapati cuaca bertambah baik dan tiada potensi hujan berterusan di negeri Pahang, Johor dan Sarawak.

“Susulan itu, amaran hujan berterusan tahap waspada yang dikeluarkan pada pukul 12 tengah hari semalam untuk kawasan berkenaan dengan ini
ditamatkan.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan. Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Helmi berkata, amaran angin kencang dan laut bergelora turut dikeluarkan berkuat kuasa dari Rabu depan sehingga Ahad.

Ujarnya, berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin timuran dijangka berlaku sehingga menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh berkenaan.

“Sehubungan itu, MetMalaysia telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora dalam tempoh tersebut.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI