fbpx

[VIDEO] ‘Berlari seperti di kerajaan atas langit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan padang Sekolah Kebangsaan Kampong Libang, Ranau, Sabah, yang berkabus tebal.

PETALING JAYA – Acara larian 4×100 meter di Sekolah Kebangsaan Kampong Libang, Ranau, Sabah, mencuri perhatian orang ramai setelah acara tersebut dijalankan di padang yang berkabus tebal seakan-akan dipenuhi awan.

Menurut sebuah hantaran tular di laman TikTok, rakaman tersebut diambil pada acara sukan tahunan sekolah berkenaan.

“Hanya di Ranau, berlari seperti di kerajaan atas langit,” katanya dalam ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai menyuarakan kekaguman masing-masing terhadap keindahan suasana berkabus di sekolah tersebut.

“Kalau berkabus begini, baik saya lari balik rumah sahaja sambung tidur,” kata @bestBuddys.

“Ini masih boleh lagi. Pernah dulu kabus tebal satu meter ke hadapan sudah tidak nampak. Dengar bunyi tapak kaki kawan-kawan sahaja,” kata Johan.

“Ini hanya di Sabah,” Asrinah.

Kini, hantaran tersebut telah mendapat 59,700 tanda suka dan 783,400 tontonan. – KOSMO! ONLINE

@sabah_info“Suspen betul menanti pemenang” – Acara sukan tahunan sekolah di Ranau, Sabah 😍 . 📽️Atung Rose

♬ original sound – Sabah Info

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI