fbpx

Selesai isu air Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TUARAN – Kerajaan mengarahkan Kementerian Peralihan Tenaga Dan Daya Guna Awam dan Kementerian Kerja Raya (KKR) serta beberapa agensi terlibat mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan masalah berkaitan air di Sabah.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perkara berkenaan perlu dilakukan agar hasil perbincangan dapat dikemukakan semula kepada kerajaan Persekutuan untuk dana tambahan.

Beliau memaklumkan, projek naiktaraf Loji Rawatan Air (LRA) Telibong Fasa II sudah lebih 70 peratus siap secara keseluruhannya.

“Bagaimanapun, ada beberapa isu yang perlu diselesaikan daripada taklimat tadi.

“Saya arahkan ialah dua kementerian iaitu kementerian kami bersama dengan Kementerian Kerja Raya dan beberapa agensi yang terlibat termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) untuk duduk berbincang bagaimana untuk kita cari penyelesaian terutama melibatkan aliran paip air,” katanya.

Fadillah berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri taklimat mengenai status Loji Rawatan Air (LRA) Telibong Fasa II hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, projek penambahan kapasiti Loji Rawatan Air (LRA) Telibong II daripada 80 juta liter sehari (JLH) ke 160 JLH antaranya melibatkan saluran paip utama dan tangki simpanan dilaksanakan berikutan pertambahan populasi yang tinggi dan pembangunan pesat di keseluruhan kawasan utara dan tengah negeri Sabah.

Menurutnya, pelaksanaan projek terbabit akan dapat meningkatkan tahap keupayaan bekalan dan kapasiti simpanan air daripada
94.6 juta liter (JL) kepada 163.3 JL.

“Ia juga mampu meningkatkan tahap operasi dan perkhidmatan bekalan air melibatkan anggaran penduduk seramai 441,000 orang dan peningkatan liputan bekalan ke kawasan Utara Pantai Barat Selatan seperti Tuaran, Telipok, Menggatal, Inanam dan Likas,” katanya menyatakan projek terbabit dijangka siap sepenuhnya pada Februari 2024.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI