fbpx

YEG Academy sasar 3,000 lepasan SPM sertai WBL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasan (dua dari kiri) dan Hakim (tiga dari kiri) pada majlis pelancaran program YEG Pesta Sambung Belajar dan Program WBL di Dewan Universiti Mahsa semalam.

KUALA LANGAT – YEG Academy menyasarkan 3,000 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyertai program di bawah kendaliannya menerusi pembelajaran dalam alam pekerjaan atau work based learning (WBL) pada tahun ini. 

Pengarah Urusan YEG Academy, Hasan Ithnin berkata, program pengajian ditawarkan pihaknya mempunyai potensi kepada permintaan tinggi di pasaran dengan memberi penekanan kepada laluan kerjaya bagi para pelajar.

Menurut beliau, ini bertujuan untuk mengurangkan bilangan pelajar yang tidak mahu sambung belajar selepas tamat SPM yang mencecah sehingga 72 peratus. 

“Antara sebab pelajar tidak mahu sambung belajar adalah kerana mereka belajar dan bekerja dalam bidang lain atau jurusan yang dipilih mereka tidak relevan lagi. 

“Bagi YEG Academy pula, apa sahaja bidang yang ditawarkan pihaknya mempunyai pemintaan tinggi di dalam bidang industri dengan tempoh pembelajaran teori selama setahun dan 18 bulan dalam dunia pekerjaan,” katanya pada sidang akhbar semalam. 

Terdahulu, beliau bersama Pengarah Pemasaran YEG Academy, Hakim Suhaimi melancarkan YEG Pesta Sambung Belajar dan Program WBL di Dewan Universiti Mahsa di sini.

Antara program ditawarkan YEG Academy adalah dalam bidang perhotelan, industri penerbangan, haji dan umrah serta kejururawatan.

Sementara itu, Hakim menjelaskan, inisiatif yang dilakukan pihaknya tahun ini  bukan sahaja menawarkan diploma dan ijazah sarjana muda sebaliknya percuma dalam ijazah sarjana dengan tempoh pembelajaran selama lima tahun menerusi WBL berbanding tujuh tahun secara pengajian konvensional sebelum ini. 

Tambah beliau, sepanjang tempoh tujuh tahun program tersebut, pihaknya telah melatih sejumlah 15,140 pelajar dan 80 peratus daripada kumpulan tersebut telah berjaya mendapat pendapatan yang stabil. 

“Kita mahu mereka yang mengambil sesuatu program itu bukan sekadar suka-suka atau mengikut rakan sebaliknya untuk masa depan mereka. 

“Sebenarnya WBL telah dilaksanakan negara-negara maju contohnya Jerman namun ia kurang dipromosikan di negara ini dengan tidak ramai majikan mahu menyahutnya kerana dalam tempoh tersebut pelajar dibayar gaji,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI