fbpx

2 beradik hilang: Tukang urut didakwa amang seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamid Khan ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh AMIR KHALID/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Seorang tukang urut lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dalam kes dua beradik hilang awal bulan ini.

Bagaimanapun tertuduh Hamid Khan Samoon, 43, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mohd. Kafli Che Ali.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual terhadap seorang remaja berusia 16 tahun bagi tujuan seksual di sebuah bilik hotel di Jalan Sultan, City Centre di sini pukul 8 malam antara 1 Januari hingga 10 Januari lalu.

Justeru pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Noorhani Muhmmed Ayub menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh tidak menganggu mangsa serta melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jumlah ikat jamin itu dikurangkan kerana mempunyai tanggungan kakak.

“Pohon kurangkan jumlah jaminan…saya tanggung kakak saya..dan dia (kakak) mengharap saya,” katanya.

Selepas mendengar makluman dan permohonan kedua-dua belah pihak Hakim Mohd. Kafli membenarkan Hamid Khan diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan seperti yang dicadangkan pihak pendakwaan.

Tarikh 21 Februari ini ditetapkan sebutan semula kes.

Pada 17 Januari lalu, Kosmo! melaporkan salah seorang daripada dua beradik yang sebelum ini dilaporkan hilang di Taman Bernam Jaya, Hulu Selangor mendakwa dicabul di dalam sebuah hotel di Jalan Sultan, di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut daripada seorang lelaki berusia 16 tahun, 12 Januari lalu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI