fbpx

Orang tengah jadi ‘kartel perolehan’ projek TLDM direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA individu dibawa ke mahkamah untuk tahanan reman kerana disyaki terlibat sebagai orang tengah sindiket kartel perolehan TLDM di Mahkamah Majestret, Johor Bahru hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Tiga lelaki yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menjadi orang tengah bagi perolehan projek sebuah Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai RM9 juta ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nurmadiana Mamat bermula 19 sehingga 26 Januari ini.

Terdahulu, ketiga-tiga suspek berusia antara 28 hingga 47 tahun yang lengkap berpakaian lokap SPRM berwarna oren dan bergari tiba di pekarangan Mahkamah Johor Bahru pada pukul 9.40 pagi selepas ditahan di Pejabat SPRM Johor semalam.

Penahanan mereka dibuat ekoran kesalahan tuntutan palsu melibatkan sindiket ‘kartel perolehan’ kepada 13 syarikat pembekal yang menguruskan kerja-kerja pembinaan di sebuah Kem TLDM, di negeri ini.

Difahamkan, pembayaran penuh telah dilaksana sedangkan projek pembinaan masih belum disiapkan.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias mengesahkan penahanan ketiga-tiga suspek terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI