fbpx

1.2 juta rakyat Malaysia telah daftar PADU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seramai 1.2 juta rakyat Malaysia termasuk golongan muda berusia bawah 18 tahun telah mendaftar dalam Pangkalan Data Utama (PADU) selepas dua minggu ia dilancarkan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, beliau akan turun padang mulai minggu depan untuk menggalakkan lebih ramai mendaftar PADU terutama golongan berpendapatan rendah.

“Saya faham masih ramai yang mahu menunggu bagaimana PADU boleh membantu kehidupan seharian mereka.

“Selain dari tujuan utama untuk menentukan kelayakan penerimaan subsidi bersasar secara adil, PADU sebenarnya mempunyai peranan yang jauh lebih besar,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Rafizi menjelaskan, salah satu daripada peranan besar PADU adalah sebagai pangkalan data tulang belakang kepada pelaksanaan Government Technology’ (Govtech)

“Govtech akan mengubah pengalaman rakyat berurusan dengan kerajaan melalui pendigitalan, lebih cekap, lebih mudah, lebih canggih.

“Jadi kita perlu menjayakan PADU. Sama-sama daftar secepat mungkin, jangan tunggu sampai 31 Mac 2024,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI