fbpx

Subuh berjemaah diimamkan polis lepas motosikal kena sita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 14 penunggang motosikal solat subuh berjemaah yang diimamkan oleh Pegawai Penyiasat BSPT IPD Sungai Buloh.

SUNGAI BULOH – Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sungai Buloh mengimamkan solat subuh bersama penunggang selepas motosikal mereka disita dalam Operasi Pencegahan Samseng Jalan di Lebuhraya Guthrie, di sini, semalam.

Menurut hantaran IPD Sungai Buloh di Facebook, lebih kurang 14 penunggang motosikal dilihat mendirikan solat subuh berjemaah di Surau Fazwina IPD Sungai Buloh yang diimamkan oleh pegawainya.

Katanya, operasi berkenaan melibatkan sepasukan pegawai dan anggota BSPT, IPD Sungai Buloh dibantu oleh anggota Balai Sungai Pelong pukul 3 pagi.

“Seramai 108 penunggang motosikal telah diperiksa ketika operasi dijalankan.

“Hasil daripada operasi tersebut, sebanyak 87 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 14 buah motosikal telah disita manakala penunggang ditahan atas kesalahan seperti tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan ubah suai ekzos.

“Kesemua penunggang motosikal yang disita telah mendirikan solat fardu subuh berjemaah di Surau Fazwina IPD Sungai Buloh dan diimamkan oleh Pengawai Penyiasat BSPT Sungai Buloh, Inspektor Che Hassan Ambok,” katanya.

Pada masa sama, BSPT Sungai Buloh menekankan penguatkuasaan undang-undang jalan raya dan tidak akan berkompromi dengan kesalahan kelas utama jalan raya terutamanya bagi kesalahan tiada lesen memandu dan tiada cukai jalan serta perlindungan insuran.

“Disamping itu, pendedahan kerohanian juga dipraktikkan bagi kesedaran remaja atas kesalahan yang telah dilakukan. Sayangilah nyawa anda,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI