fbpx

Penduduk terkejut air sungai bertukar jingga terang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan air sungai Afon Lwyd yang bertukar menjadi jingga terang. - Alida Smith

LONDON – Penduduk sebuah bandar di Wales terkejut apabila mendapati air sebatang sungai bertukar menjadi warna jingga terang, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Warna air Sungai Afon Lwyd di Vharlesville bertukar daripada kelabu kepada jingga terang kelmarin dan masih berwarna serupa setakat pagi semalam.

Pengawal selia alam sekitar Sumber Asli Wales (NRW) mengesahkan bahawa mereka menerima laporan mengenai perubahan warna air sungai itu kelmarin.

Pegawai NRW kemudian mengunjungi lokasi kejadian untuk menyiasat fenomena tersebut pada sebelah petang.

Pihak berkuasa Arang Batu di Wales berkata, kejadian tersebut berkemungkinan berlaku akibat pelepasan air lombong di kawasan itu. 

“Kami sedang bekerjasama dengan Sumber Asli Wales dan rakan kongsi kami untuk menyiasat kejadian itu,” kata jurucakap agensi tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI