fbpx

Kes belasah pelajar enggan ponteng sekolah dirujuk TPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular membabitkan kejadian seorang pelajar memukul rakannya gara-gara enggan ponteng sekolah di tepi jalan Prima Pelangi, Segambut Dalam, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Kes berhubung seorang pelajar cedera dipukul menggunakan helmet gara-gara enggan ponteng sekolah sudah dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwaraya (TPR).

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner, Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, pihaknya masih menunggu arahan untuk tindakan yang seterusnya daripada TPR.

“Kertas siasatan telah diserahkan kepada TPR. Masih menunggu arahan seterusnya “ katanya selepas sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang pelajar berusia 14 tahun cedera dipukul gara-gara enggan ponteng sekolah, di tepi jalan Prima Pelangi, Segambut Dalam di sini, Jumaat lalu.

Setibanya di lokasi, suspek yang berusia 15 tahun memukul mangsa menggunakan topi keledar di bahagian muka dan dada.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI