fbpx

Zahirah Macwilson wanita ‘mahal’ – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIKAP tenang Zahirah Macwilson mendepani provokasi yang dilakukan aktres Fatiya Latiff dipuji netizen.

PETALING JAYA – MESKI terus diprovokasi pelakon Fatiya Latiff, aktres jelita Zahirah Macwilson kekal tenang mengunci mulut daripada melayan satu persatu serangan terhadapnya.

Tindakan bijak Zahirah, 29, itu sekali gus meraih pujian netizen yang menyifatkan dirinya sebagai wanita ‘mahal’ apabila tidak cepat melenting.

“Jadilah seperti Zahirah Macwilson yang tidak peduli apa orang cakap dan gembira dengan kehidupan sendiri,” kata netizen.

“Yang masih anggun dan classy (ada kelas) ialah Zahirah Macwilson. Hantaran IGStory terkini pun berkenaan suami sahaja,” ujar pengikut.

“’What a queen’ (bagaikan seorang permaisuri). Tidak hiraukan langsung kata-kata Fatiya,” tutur peminat lain.

Keadaan semakin panas hari ini apabila Fatiya atau nama lengkapnya Nur Fatiya Abdul Latiff, 36, memuat naik foto bersama bekas kekasihnya, Aiman Hakim Ridza, yang kini sudah bergelar suami Zahirah.

Bukan hanya itu, dia turut memaparkan keratan akhbar temu bual Aiman yang memaklumkan masih menyayangi Fatiya selepas setahun mereka berpisah.

Sejak 8 Januari lalu, pelakon drama Ariana Rose itu mengejutkan ramai apabila melabel wajah Zahirah seperti pembantu rumah dan menuduh aktres itu melakukan pembedahan plastik pada bibir.

Fatiya sebelum ini pernah bercinta dengan Aiman namun hubungan mereka berakhir pada Disember 2015.

Aiman kemudian menamatkan zaman bujang dengan Zahirah pada 20 Februari 2020 dan bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI