fbpx

Kecoh pelajar sekolah kahwin dua gadis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ATMAL 'bersanding' dengan dua wanita dalam satu tugasan sekolah di Tasikmalaya, Jawa baru-baru ini. - Foto Instagram/Netizen

JAKARTA – Seorang pelajar mencetuskan kekecohan di media sosial Indonesia selepas gambar dia berkahwin dengan dua gadis muda menjadi tular, lapor laman berita Tribun Trends hari ini.

Bagaimanapun, selepas diselidik, perkahwinan itu ternyata palsu dan ia diadakan sebagai salah satu tugasan sekolah mereka.

Mereka ialah pelajar Sekolah Menengah Duta Pratama, Tasikmalaya.

‘Pengantin lelaki’ itu ialah Atmal Maulana, manakala dua gadis yang mendampinginya bernama Syifa Zahra dan Helen Sukma.

Atmal kemudian menceritakan perkara sebenar.

“Sebenarnya, ‘pernikahan’ itu adalah satu latihan di sekolah. Jadi, bermula daripada persiapan, gambar pra perkahwinan, ijab kabul, bufet dan lain-lain sebenarnya adalah latihan di sekolah,” katanya.

Pengetua sekolah tersebut, Lasiman berkata, sekolahnya memang kerap melaksanakan tugasan berkaitan dengan perkahwinan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI