fbpx

Padu dibangunkan penjawat awam, tiada penglibatan pihak ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi.

PUTRAJAYA – Pangkalan Data Utama (Padu) yang diperkenalkan Kerajaan Perpaduan pada tahun ini dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam tanpa sebarang penglibatan daripada pihak ketiga.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata demikian sebagai mengambil maklum siaran media sosial sebuah radio tempatan mengenai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Accio Technologies, Dr. Cher Han Lau yang mendakwa syarikat beliau terlibat dengan proses pembangunan Padu.

“Setelah semakan dilakukan dengan pasukan di Jabatan Perangkaan Malaysia, saya boleh mengesahkan bahawa dakwaan Dr. Cher adalah tidak benar.

“Pasukan Analitik Padu telah menjemput Dr. Cher hanya dalam kapasiti peningkatan kemahiran sumber manusia (upskilling) dalam sains data berdasarkan keupayaan beliau dalam pembangunan data raya (big data) dan machine learning,” katanya dalam kenyataan di sini tadi.

Rafizi menegaskan, proses pembangunan, pengumpulan atau pembersihan data Padu tidak melibatkan beliau ataupun sesiapa daripada syarikat beliau.

“Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa Padu dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam tanpa penglibatan mana-mana pihak ketiga,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI