fbpx

Jenayah seksual terhadap kanak-kanak membimbangkan – Azalina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azalina (kanan) mengadakan mesyuarat dengan Fadhlina hari ini bagi membincangkan langkah-langkah melindungi kanak-kanak daripada ancaman jenayah seksual.

PETALING JAYA -.Jenayah seksual terhadap golongan kanak-kanak di negara ini menunjukkan peningkatan yang membimbangkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, dari 2017 hingga 2023, jumlah mangsa dilaporkan seramai 6,990.

“Pada tahun 2023 sahaja, jumlah mangsa adalah seramai 1,570.

“Kerajaan juga tahu angka ini kemungkinan besar tidak memberikan situasi jenayah secara keseluruhannya akibat isu kekurangan pelaporan kes,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Azalina berkata, beliau mengadakan mesyuarat dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek hari ini bagi membincangkan langkah-langkah melindungi kanak-kanak daripada ancaman jenayah seksual.

Semalam, beliau memaklumkan, kerajaan sedang menjalankan kajian bagi memperluas skop perlindungan di bawah Seksyen 3 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) untuk menangani isu berkaitan eksploitasi seksual dalam talian terhadap golongan itu.

Beliau dipetik sebagai berkata, langkah tersebut bertujuan memberi perlindungan lebih baik kepada mangsa tanpa mengira lokasi geografi pelaku.

Menurut beliau, seksyen itu memperuntuk mana-mana warganegara yang melakukan kesalahan terhadap kanak-kanak di luar negara boleh dianggap sebagai melakukan perbuatan tersebut di Malaysia.

Jelas beliau, tindakan boleh diambil terhadap rakyat Malaysia yang melakukan kesalahan sedemikian di luar negara.

“Jenayah eksploitasi seksual dalam talian terhadap kanak-kanak merupakan satu isu yang merentasi sempadan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI