fbpx

Jauhi anak kecil dari baldi berisi air, elak bahaya lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memberi peringatan kepada ibu bapa di negeri ini supaya mengutamakan keselamatan anak-anak kecil daripada mendekati baldi atau tong simpanan air di rumah mereka ketika berdepan gangguan bekalan air berjadual, bermula esok.

MBPP dalam satu kenyataan berkata, langkah keselamatan perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku semasa menghadapi gangguan bekalan air selama empat hari, sehingga 14 Januari ini.

“Jauhkan anak kecil dari baldi air, pastikan pintu bilik air dan tandas sentiasa tertutup. Jangan benarkan anak pergi ke bilik air atau tandas bersendirian,” katanya di sini, hari ini.

Poster langkah keselamatan oleh MBPP.

Dalam pada itu katanya lagi, pengguna juga seharusnya memastikan bekas yang berisi air ditutup setiap waktu.

Terdahulu, media melaporkan kira-kira 590,000 pengguna air di negeri ini termasuk pengguna bukan domestik di semua kawasan perindustrian utama akan mengalami gangguan bekalan air selama empat hari mulai 10 hingga 14 Januari ini.

Gangguan tersebut berlaku untuk membolehkan PBAPP menjalankan kerja pembaikan paip segera di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI