fbpx

Tiada perkembangan baharu kes Zayn Rayyan -Ayob

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zayn Rayyan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih meneruskan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, kata Timbalan Ketua Polis Negara.

Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, setakat ini tiada perkembangan baharu ditemukan berhubung kes tersebut.

“Polis masih menjalankan siasatan, kita tidak pernah menghentikan (siasatan).

“Jika ada perkembangan baharu yang boleh dikongsikan kita akan kongsi, setakat ini tiada perkembangan baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sidang akhbar Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Usahasama PDRM bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bukit Aman hari ini.

Kelmarin, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, pihaknya telah menerima maklum balas daripada Polis Antarabangsa (INTERPOL) berhubung kes pembunuhan Zayn Rayyan.

Jelasnya, ia susulan semakan pangkalan data memberikan beberapa maklumat yang diperoleh hasil siasatan setakat ini.

Bagaimanapun, menurutnya, maklum balas tersebut hanya berkaitan maklumat umum berkaitan kes tersebut.

Terdahulu, media melaporkan polis meminta bantuan Interpol bagi membantu siasatan kes Zayn Rayyan yang dipercayai dibunuh selepas ditemukan dalam keadaan terbaring di anak sungai berhampiran Blok R, Apartment Idaman di sini.

Bantuan yang diperlukan daripada Interpol sdalam semakan pangkalan data berkaitan beberapa maklumat yang diperoleh hasil siasatan setakat ini.

Susulan bantuan daripada Interpol, PDRM meletakkan fokus mengesan ‘prime crime scene’ atau tempat kejadian jenayah pertama di mana lokasi sebenar Zayn Rayyan dibunuh.

Sepanjang kes ini dijalankan, PDRM telah merakam keterangan 225 individu, selain mengumpul 248 sampel asid deoksiribonukleik (DNA) individu namun tiada keputusan positif direkodkan.

6 Disember lalu, Zayn Rayyan yang dilapor hilang ditemui meninggal dunia di kawasan sungai berhampiran kediamannya pada pukul 10 malam.

Susulan itu, hasil penemuan bedah siasat pihak polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 (bunuh) selepas menemui kesan kecederaan mempertahankan diri dan kecederaan pada bahagian leher mangsa.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI