fbpx

‘Raja dadah’ tidak dibawa pulang, akan didakwa di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak berkuasa Thailand berhubung raja dadah warga Malaysia yang diberkas di Loas pada 29 Disember lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sehingga kini pihaknya tiada perancangan untuk mengekatradisi lelaki berusia 41 tahun itu.

“Setakat ini tiada perancangan untuk membawa balik (individu berkenaan). Kita serahkan kepada kerajaan Thailand.

“Biarlah dia menghadapi pertuduhan di Thailand atas aktiviti dadah. Jika Thailand mempunyai cukup bukti biar mereka ambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sidang akhbar Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Usahasama PDRM bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bukit Aman hari ini.

Tegas Ayob, mana-mana rakyat Malaysia yang berada di luar negara dan didapati melanggar undang-undang negara berkenaan akan diserahkan kepada negara terbabit untuk diambil tindakan.

2 Disember lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) mengesahkan penahanan warga Malaysia di Laos.

Individu berkenaan sudah berada dalam senarai individu dikehendaki oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2018.

Menurut Pengarah JSJN Bukit Aman, penahanan lelaki berusia 41 tahun yang berasal dari Parit Buntar, Perak itu dilakukan hasil pertukaran maklumat dan risikan JSJN Bukit Aman dengan Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB) dan Biro Pembanterasan Narkotik (PNSB) Thailand.

Beliau dilaporkan berkata, lelaki berkenaan disenarai hitam selepas disyaki menjadi dalang utama sindiket pengedaran dadah di kawasan Segi Tiga Emas membabitkan tiga negara iaitu Myanmar, Laos dan Thailand sejak 2006.

Menurutnya, tindakan menyenarai hitam dilakukan selepas pihak berkuasa Thailand menahan tujuh rakyat mereka dengan rampasan 998 kilogram methamphetamine di wilayah Ratchaburi pada Jun tahun lalu.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI