fbpx

Kadar sewa rumah kini cecah hampir RM2,000 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kadar pinjaman rumah yang meningkat mendorong kepada minat orang ramai untuk menyewa rumah. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kadar sewa rumah di negara ini  telah meningkat sebanyak 5.5 peratus tahun lalu, menurut Indeks Sewa Rumah Malaysia oleh rangkaian ejen hartanah Asia, IQI yang menganalisis lebih 58,000 transaksi sewa kediaman sejak 2018.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari berkata, pada suku tahun keempat (Q4) 2023, kadar sewa turun 1.2 peratus berbanding suku ketiga, namun masih 5.5 peratus lebih tinggi daripada Q4 2022.

“Purata sewa kediaman di Malaysia pada Q4 2023 adalah RM1,975 sebulan. Ini berbanding RM1,851 di Selangor dan RM3,192 di Kuala Lumpur.

“Data tersebut mencadangkan peralihan ke arah pemulihan dengan Indeks Sewa Rumah Malaysia mencapaititik tertinggi dalam hampir tiga tahun sejak awal 2020. 

“Faktor yang mempengaruhi aliran ini termasuk keseimbangan bekalan-permintaan, variasi bermusim, variasi bermusim dalam campuran urus niaga dan aktiviti pelabur,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Kashif, indeks sewa tersebut memperlihatkan perbezaan ketara mengikut wilayah, yang mana peningkatan 5.5 peratus di seluruh negara tahun lalu adalah lebih rendah daripada kenaikan indeks sewa di Kuala Lumpur dan Selangor

Jelasnya, kadar sewa Kuala Lumpur mengakhiri 2023 pada 28.4 peratus lebih tinggi daripada Q4 2022, walaupun masih 29 peratus di bawah paras sebelum Covid-19. 

Sementara pasaran Selangor lebih stabil, mengakhiri 2023 dengan sewa 10.7 peratus lebih tinggi daripada Q4 2022 dan lima peratus melebihi Q4 2019, menunjukkan pasaran yang stabil dengan jangkaan pertumbuhan sederhana.

“Pelabur sedang mengkaji data ini dengan teliti kerana kadar faedah yang lebih tinggi menjadikan pemilikan rumah lebih mahal, jadi lebih ramai rakyat Malaysia memilih untuk menyewa. Ini boleh mencipta persaingan dan potensi sewa lebih tinggi.

“Ramalan kami untuk 2024 adalah kesinambungan pertumbuhan permintaan sewa. 

“Memandangkan daya tahan sejarah pasaran sewa Malaysia dan pemulihan ekonomi selepas wabak, kami mengunjurkan kenaikan kadar sewa yang berterusan tahun ini khususnya di pusat bandar yang memberikan hasil tinggi seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Iskandar Puteri,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI