fbpx

Andre Onana cetus marah peminat Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONANA akan kekal beraksi bersama United untuk dua lagi aksi sebelum menyertai Cameroon pada saingan AFCON. - AFP

MANCHESTER – Para peminat Manchester United meluahkan kemarahan terhadap keputusan yang dibuat oleh kelab itu yang menangguhkan pemergian penjaga gol mereka, Andre Onana yang akan beraksi untuk Cameroon pada aksi Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).

Ketika ini, semua pemain yang terlibat dengan aksi AFCON dan Piala Asia sudah pun meninggalkan kelab masing-masing untuk bersama pasukan kebangsaan, namun Onana sebaliknya apabila hanya akan bersama Cameroon selepas 15 Januari nanti.

Keputusan itu bermakna, Onana akan turun beraksi untuk dua lagi perlawanan bersama United ketika mereka menghadapi Wigan Athletic pada aksi Piala FA dan menentang Tottenham Hotspur untuk saingan Liga Perdana Inggeris.

Situasi itu menimbulkan rasa kurang senang para penyokong yang sudah tidak sabar untuk menyaksikan penjaga gol kedua mereka, Altay Bayindir diberikan peluang ketika Onana yang sering melakukan kesilapan terus diberikan peluang sebelum ini.

“Ini adalah keputusan yang bodoh. Untuk apa anda menandatangani penjaga gol kedua musim panas lalu jika tidak mahu memberinya peluang beraksi?,” menurut salah seorang peminat yang meluahkan kemarahannya di laman sosial X.

Seorang lagi peminat berpendapat bahawa Onana sanggup untuk terus beraksi di kelab berbanding menyertai skuad Cameroon lebih awal kerana bimbang kehilangan tempatnya di United selepas prestasi buruk dipamerkan setakat musim ini.

“Saya simpati dengan Altay Bayindir. Sepatutnya dia mendapat lebih banyak peluang dengan ketiadaan Onana, tetapi peluang itu pun dinafikan. Sekurang-kurangnya dua diuji terlebih dahulu untuk kita membuat penilaian. Ia suatu yang tidak adil.

“Apa yang jelas adalah Erik Ten Hag (Pengurus United) tidak mempercayai penjaga gol kedua. Saya tidak faham mengenai obsesi beliau terhadap Onana. Persembahannya langsung tidak ada keistimewaan dan adakah penjaga gol yang lain juga teruk?,” jelas seorang lagi peminat.

Bayindir menyertai United dari Fenerbahce pada musim panas lalu dengan nilai perpindahan sebanyak £4.5 juta (RM26.54 juta). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI