fbpx

Gangguan bekalan air: Gerakan cadang tangguh sesi persekolahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mencadangkan supaya sesi persekolahan di Pulau Pinang ditangguhkan susulan gangguan bekalan air berjadual di kebanyakan kawasan di negeri ini pada minggu depan.

Naib Presiden Parti Gerakan, Baljit Singh berkata, pihaknya berharap kerajaan Pulau Pinang mempertimbang penangguhan sesi persekolahan bermula 10 hingga 14 Januari ini mengikut notis yang dikeluarkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) bagi mengelakkan pelajar berdepan kesukaran.

“Sesi persekolahan perlu ditangguhkan ekoran notis gangguan bekalan air yang dikeluarkan PBAPP, baru-baru ini.

“Ini adalah kerana air merupakan keperluan asas untuk semua dan masalah gangguan air memberi kesan kepada seluruh rakyat Pulau Pinang terutama pelajar untuk ke sekolah”, katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan kira-kira 590,000 pengguna air di negeri ini termasuk pengguna bukan domestik di semua kawasan perindustrian utama akan mengalami gangguan bekalan air selama empat hari mulai 10 hingga 14 Januari ini.

Gangguan tersebut berlaku untuk membolehkan PBAPP menjalankan kerja pembaikan paip segera di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI