fbpx

Menari atas pentas sebelum tawar ‘maksiat’ RM280 sejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara wanita warga asing yang diselamatkan dalam serbuan Op Noda, di sekitar Serdang, Selangor, semalam.

KUALA LUMPUR – Berjalan dan menari atas pentas seakan pertunjukan fesyen sebelum pelanggan memilih pelacur warga asing yang mereka minati bermula RM180 hingga RM280 untuk satu sesi.

Itu merupakan tawaran menarik yang disediakan salah sebuah daripada 16 premis rumah urut yang digempur Bahagian Siasatan Jenayah Terancang (D14) Bukit Aman di lima daerah di Selangor, petang semalam.

Operasi itu turut dibantu Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor di Petaling Jaya, Serdang, Gombak, Klang Utara dan Klang Selatan.

Wartawan Kosmo! yang mengikuti operasi itu mendapati premis kedai tiga tingkat yang dijadikan rumah pelacuran tersebut dipercayai mempromosikan perkhidmatan berkenaan melalui aplikasi Telegram.

Pelanggan pula terdiri daripada warga tempatan.

Menurut sumber, dalam serbuan bermula pada pukul 5 petang itu, seramai 77 warga asing dan 15 rakyat tempatan termasuk dua wanita dipercayai penjaga atau ejen wanita warga asing ditahan.

Siasatan awal mendapati wanita warga asing yang ditahan dipaksa bekerja sebagai tukang urut.

“Mereka terdiri daripada 25 wanita warga Vietnam, 28 wanita Thailand dan 23 wanita Indonesia serta seorang lelaki warga Indonesia. Mereka disyaki terbabit dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang serta melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen.

“JSJ turut menyelamatkan 19 wanita warga Indonesia, 15 wanita Vietnam dan seorang wanita masing-masing warga Thailand, China dan Kemboja dipercayai menjadi mangsa penipuan sebelum diperdaya sebagai pekerja di rumah urut yang diserbu,” katanya.

Polis merampas barangan digunakan di pusat urut seperti minyak urut, tisu basah, telefon bimbit, jadual kerja, tuala mandi, salinan lesen, walkie-talkie, kondom, buku catatan dan wang RM7,700.

“Mereka yang didapati bersalah boleh disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran. Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda,” katanya.

Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana kesalahan menawarkan aktiviti persundalan atau perkhidmatan seks serta Seksyen 55B Akta Imigresen dan Seksyen 6(1)(c) dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI