fbpx

Hentikan langkah politik, ambil iktibar lalu – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid beramah mesra dengan warga KKDW selepas Majlis Amanat Tahun 2024 di KKDW hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Pembangkang disaran supaya tidak lagi melakukan sebarang ‘langkah’ politik, sebaliknya mengambil iktibar daripada pengalaman pertukaran tiga Perdana Menteri pada pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pertukaran tiga Perdana Menteri dalam tempoh satu penggal dilihat memberi kesan bukan sahaja kepada negara tetapi rakyat.

Beliau berkata, tindakan itu bukan sahaja membuang masa rakyat, sebaliknya mengalih perhatian rakyat untuk mendapat manfaat daripada Kerajaan Madani.

“Saya fikir pihak pembangkang, cukup-cukuplah melakukan langkah yang apa nama sekali pun, jangan buang masa rakyat dan jangan buang masa.

“Dalam tempoh empat tahun ini, kita bersama membina negara ini semula yang sudah rosak selama satu penggal apabila ada tiga Perdana Menteri dalam satu penggal yang mengetuai negara dan tidak ada hasil baik untuk rakyat ketika itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Amanat 2024 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sini, hari ini.

Pada masa sama, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, semua pihak seharusnya memberi tumpuan bersama membangunkan negara, mengurangkan kadar pengangguran dan mewujudkan peluang pekerjaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI