fbpx

Perdana Menteri ucap selamat berjuang kepada Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat berjuang kepada pasukan Harimau Malaya yang akan beraksi di pentas Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.

Jelas beliau, selepas 42 tahun, kini pasukan kebangsaan itu kembali beraksi di pentas bola sepak terbesar Asia minggu hadapan.

“Selamat berjuang saya ucapkan dan saya menaruh keyakinan tinggi pasukan kendalian jurulatih Kim Pan-gon mampu beri saingan mantap dalam kejohanan kali ini.

“Mewakili seluruh rakyat Malaysia, saya mendoakan kejayaan buat skuad Harimau Malaya. Berjuanglah sepenuh jiwa demi lencana di dada!

“Semoga sukses,” katanya hari ini.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI