fbpx

KPKM nafi wujud kartel, mafia tentu harga padi, beras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menafikan wujud kartel atau mafia menentukan harga padi, beras dan benih padi seperti yang didakwa.

KPKM dalam kenyataan berkata, ini kerana jumlah pengeluaran sebanyak 39,000 pelbagai lesen antaranya Lesen Borong Beras, Lesen Eksport dan Kelulusan Khas Menjual Benih Padi bagi benih padi sah (BPS) jelas menunjukkan tiada kartel atau mafia dimaksudkan wujud dan mampu memonopoli industri padi dan beras.

Jelasnya, bagi BPS pula, KPKM telah memperuntukkan sebanyak 72,000 metrik tan benih padi sah bagi memenuhi keperluan pesawah bagi tahun lalu.

“Lesen pengilangan benih padi sah ini juga turut diberi kepada syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) bagi membekalkan benih padi kepada pesawah. Pengesahan BPS melalui ujian makmal dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia,” kata kenyataan itu tadi.

Bagi memastikan semua peruncit menjual benih padi sah mengikut harga ditetapkan oleh kerajaan dan tiada sebarang unsur penyorokan BPS, KPKM memaklumkan, pelaksanaan Task Force Operasi Benih Padi Sah (OP BPS) telah diadakan pada 7 hingga 21 November tahun lalu.

“Sepanjang tempoh tersebut, KPKM telah menarik balik sebanyak 22 lesen penjualan benih padi sah milik peruncit yang melanggar syarat lesen.

“KPKM memberi peringatan kepada semua pengilang, pemborong dan peruncit agar sentiasa mematuhi undang-undang ditetapkan serta tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak cuba mengambil kesempatan dalam isu ini.

“Tindakan tegas akan diambil seperti pembatalan lesen sekiranya didapati berlaku pelanggaran undang-undang,” ujarnya.

Tegas KPKM, para pesawah dan pengguna dinasihatkan supaya menyalurkan aduan atau maklumat melalui portal aduan Kawal Selia Beras di https://skpb.kpkm.gov.my/adu atau e-mel [email protected] serta menghungi di talian 03-88701751/1748/1183. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI