fbpx

Kartel dadah sediakan WiFi, siapa tidak langgan akan dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkhidmatan internet disediakan menggunakan peralatan curi yang digelar ‘narco-antena’. – Polis Michoacan

MORELIA, MEXICO – Sebuah  kartel dadah di Mexico membangunkan perkhidmatan internet sendiri dan memaksa seluruh penduduk di sebuah  bandar menggunakan platform tersebut atau mereka berdepan ancaman bunuh.

Akhbar Daily Star melaporkan, kira-kira 5,000 penduduk di negeri Michoacan dipaksa membayar sehingga 500 peso (RM136) sebulan untuk menggunakan perkhidmatan WiFi kartel Los Viagras.

Perkhidmatan itu telah disediakan menggunakan peralatan curi yang digelar ‘narco-antena’.

Siasatan mendapati penduduk di beberapa bandar terpaksa mendaftar sejak sekurang-kurangnya Ogos 2023, demikian menurut Pejabat Peguam Negeri Michoacan dalam satu kenyataan.

Penduduk diberitahu bahawa mereka akan dibunuh jika enggan melanggan.

Selepas menerima laporan, tiga hartanah dikenal pasti sebagai tempat penipuan itu dikendalikan dan serbuan dilakukan. 

“Tiga antena dan peralatan pengulang internet serta sambungan dan pengkomputeran dirampas pada 29 Disember.

“Rangkaian penjenayah memperoleh sekitar 4 juta peso (RM1 juta) sebulan daripada kegiatan memaksa penduduk tempatan menggunakan perkhidmatan internet mereka,” kata polis Michoacan.

Beberapa antena internet di kawasan itu adalah milik syarikat penyedia perkhidmatan internet terkemuka Mexico, TELMEX. 

Ia didapati telah dirosakkan oleh ahli kartel Los Viagras dalam usaha untuk mensabotaj perkhidmatan internet penduduk tempatan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI