fbpx

Aksi Harimau Malaya jadi perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRESTASI cemerlang Harimau Malaya sejak kebelakangan ini menjadikan mereka antara pasukan yang sedang diperhatikan pada aksi Piala Asia kali ini. - FB FAM

IMPAK skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa semakin menjadi perhatian apabila turut dianggap sebagai salah satu pasukan yang boleh mencipta kejutan pada kempen Piala Asia 2023 kali ini.

Bekas kapten skuad kebangsaan Korea Selatan, Koo Ja-cheol percaya Malaysia sebagai antara pasukan yang menarik perhatiannya selepas kembali bersaing di pentas tertinggi Asia buat kali pertama sejak 2007.

Ja-cheol berkata, keputusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menambah jumlah pasukan pada kejohanan berprestij itu telah membuka ruang buat negara-negara seperti Malaysia untuk memberi cabaran di kejohanan berprestij Asia kali ini.

“Secara peribadi, saya rasa AFC membuat langkah yang tepat apabila besarkan pertandingan Piala Asia dengan kehadiran 24 negara berbanding 16 negara bermula edisi 2019.

“Kejohanan kali ini dilihat semakin kompetitif dan menarik daripada seluruh pelusuk Asia dan saya tidak sabar untuk saksikan kejohanan bermula terutama melibatkan negara Korea Selatan dalam Kumpulan E.

“Selain itu, saya turut teruja melihat keupayaan beberapa pasukan seperti Malaysia dan Hong Kong selain China yang terkenal dengan peminat setia mereka yang cukup bersemangat,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan AFC.

Selain itu, Ja-cheol yang juga penjaring terbanyak Piala Asia edisi 2011 turut mengakui peluang skuad Taeguk Warriors untuk menjuarai trofi berprestij itu buat kali pertama sejak 1960 sangat tinggi.

“Saya fikir ini adalah salah satu peluang buat pasukan kami muncul juara. Kami mempunyai ramai pemain berkelas dunia seperti Son Heung-min dan saya mahu dia menjadi kapten untuk menjulang trofi ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI