fbpx

Mana jambatan RM5 juta?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JALALUDDIN menunjukkan kedudukan jambatan kedua menyeberangi Sungai Pontian Kecil di Pontian yang tertangguh selama 15 tahun. – MUHAMMAD ZIKRI

PONTIAN – Penduduk me­ngeluh apabila pembinaan jambatan baharu menyeberangi Sungai Pontian Kecil, di sini bernilai RM5 juta yang mula dibina sejak 2009 masih belum nampak bayangnya meskipun sudah memasuki tahun 2024 kelmarin.

Walaupun Majlis Daerah Pontian (MDP) telah dinaik taraf kepada Majlis Perbandaran Pontian pada 2021 tetapi jambatan itu masih gagal disiapkan.

Seorang penduduk, Jalaluddin Mohd. Said, 67, ber­kata, situasi itu boleh diibaratkan seperti seorang bayi yang lahir pada 2009, kini telah telah berusia 15 tahun dan berada di tingkatan tiga.

“Walaupun pembinaan jambatan sepanjang hanya 1.5 kilometer dari bandar Pontian Kecil ke Pusat Perdagangan Pontian (PPP) tetapi pelbagai masalah timbul.

“Sebagai timbal balik pe­ngosongan jeti nelayan ­Sungai Pontian Kecil, kerajaan telah membina jeti pendaratan ikan yang baharu oleh Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM) di PPP dengan harga RM2 juta,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Projek tersebut yang sepatutnya siap pada 2011 menghadapi pelbagai masalah termasuk penempatan penduduk di sepanjang Sungai Pontian Kecil selain pemilik bot yang enggan berpindah.

Seorang lagi penduduk, Ungku Abd. Rahman Ungku Mohd. Jaffar, 58, berkata, projek itu berdepan pelbagai masalah dan kerenah sesete­ngah pihak walaupun kerajaan mengambil sikap berlembut dan bertolak ansur.

“Alangkah baiknya jika jambatan ini siap lebih awal, tiadalah berlaku kesesakan ketika musim perayaan daripada Bandar Pontian ke persimpangan lampu isyarat di PPP,” ujarnya.

Tambahnya, tempoh 15 tahun itu adalah merupakan satu tempoh yang lama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI