fbpx

Bapa baran, belasah anak sebab terkencing atas sofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Berang anak berusia tiga tahun terkencing di sofa ruang tamu, seorang bapa tergamak memukul kanak-kanak terbabit dan isterinya di dalam kejadian di Taman Putra Damai, Lembah Subang, di sini, Ahad lalu.

Kejadian pada pukul 11.50 pagi itu berlaku selepas lelaki berusia 29 tahun tersebut gagal mengawal kemarahannya lalu bertindak memukul anak serta isterinya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, akibat mengalami kecederaan fizikal, isteri serta anak suspek telah tampil membuat laporan polis ekoran kejadian itu.

“Susulan itu, polis menahan suspek dan direman bermula kelmarin hingga Ahad ini bagi membantu siasatan.

“Siasatan mendapati punca kejadian itu kerana anaknya terkencing di sofa ruang tamu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI