fbpx

Makanan ‘viral’ bantu jana pendapatan usahawan muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rashidi (tengah) melawat gerai di tapak Absolut Food Fest Penang di pekarangan Stadium Batu Kawan, di sini, semalam. -Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN / KOSMO!

SEBERANG PERAI – Trend baharu makanan ‘viral’ yang meningkat popular dalam tempoh singkat membantu menjana keuntungan terutamanya dalam kalangan usahawan anak muda yang berkecimpung dalam perniagaan berasaskan makanan dan minuman.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar negeri, Rashidi Zinol berkata, penglibatan usahawan tempatan disokong dengan bantuan pempengaruh merancakkan lagi usaha anak muda yang baru meningkat naik.

“Usahawan tempatan memainkan peranan dengan menyertai platform yang disediakan seperti karnival makanan untuk mempromosikan jenama mereka.

“Selain itu, kehadiran pempengaruh yang memberikan sokongan dan bimbingan dapat memperkukuhkan lagi perniagaan yang diusahakan.

“Apabila kekuatan ini digabungkan secara holistik, ia dapat membantu memastikan yang perniagaan ini tidak hanya separuh jalan,” katanya selepas melakukan tinjauan di tapak Absolut Food Fest Penang di pekarangan Stadium Batu Kawan, di sini.

Karnival yang berlangsung selama tiga hari bermula kelmarin dan berakhir hari ini, menggabungkan 150 gerai usahawan tempatan dan selebriti tanah air dengan 30 peratus daripadanya terdiri daripada usahawan dari Pulau Pinang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI