fbpx

Konflik Palestin-Israel: Zionis serang 5 kem pelarian Tebing Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki Palestin berjalan sambil mengangkat tangan ke udara ketika menghampiri kenderaan tentera Israel di kem pelarian Askar, timur Nablus semalam. - AFP

RAMALLAH, TEBING BARAT – Tentera Israel menyerbu lima kem pelarian Palestin di Tebing Barat pada waktu subuh semalam sebelum menahan beberapa orang awam, lapor laman berita Middle East Monitor.

Serbuan tentera Rejim Zionis yang disifatkan antara yang terbesar itu dilakukan di kem Tulkarm dan Nur Shams. Pertempuran dilaporkan berterusan dari waktu subuh hingga pagi semalam.

Dua penduduk Palestin dilaporkan cedera ringan akibat pertempuran ketika tentera Israel merobohkan beberapa rumah di lokasi kejadian.

Kenderaan tentera diiringi dua jentolak menyerbu kem Tulkarm dan Nur Shams sebelum memusnahkan infrastruktur dengan beberapa penembak tepat dikerahkan ke bumbung rumah penduduk, kata saksi kejadian.

Askar Israel kemudian melakukan pencarian dengan menceroboh berpuluh-puluh rumah untuk ‘menyiasat’ sehingga menyebabkan pertempuran berlaku dengan orang awam. 

Sebagai tindak balas, pejuang Palestin menyasarkan tentera Israel dengan peluru berpandu dan bahan letupan.

Pada waktu sama, askar Israel juga menyerbu kem pelarian Askar di bandar Nablus, kem Aqabat Jaber di bandar Jericho dan kem Fawwar di selatan bandar Hebron.

Seramai 527 rakyat Palestin terbunuh di Tebing Barat setakat tahun lepas, menjadikan 2023 sebagai tahun paling berdarah di wilayah yang diduduki itu dalam rekod. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI