fbpx

Konflik Palestin-Israel: AS tembak bot Houthi di Laut Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kapal layar melepasi kapal kontena Maersk di Teluk Dubai pada 4 Jun 2022. - AFP

WASHINGTON – Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) memusnahkan beberapa bot kecil milik Houthi ketika kumpulan pemberontak dari Yemen itu cuba merampas sebuah kapal kontena di Laut Merah.

Badan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, empat bot dari wilayah yang dikuasai Houthi di Yemen itu pada awalnya menembak kapal Maersk Hangzhou sebelum tiba beberapa meter dari lokasi ia belayar.

Beberapa helikopter dari kapal perang AS yang belayar di lokasi berdekatan kemudian bertindak balas dengan menembak tiga bot kumpulan berkenaan dalam usaha ‘untuk mempertahankan diri’.

Serangan itu menyebabkan beberapa anggota pemberontak Houthi terbunuh, manakala bot keempat berundur dari lokasi kejadian.

Jurucakap Houthi berkata, kapal kontena Maersk Hangzhou enggan bertindak balas terhadap amaran yang dikeluarkan serta menambah, 10 anggota kumpulan pemberontak itu maut atau hilang selepas kejadian.

Kumpulan Houthi telah menyerang kapal-kapal yang belayar Laut Merah sejak November lalu dengan melancarkan lebih 100 serangan dron dan peluru berpandu. 

Pihaknya mendakwa bahawa serangan itu ditujukan kepada kapal-kapal yang berkaitan dengan Israel sebagai tindak balas terhadap perang Rejim Zionis di Semenanjung Gaza. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI