fbpx

Gempa bumi 7.4 magnitud landa Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gegaran daripada gempa tersebut turut dirasai di Tokyo dan seluruh wilayah Kanto. - Agensi

TOKYO – Satu gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter menggegarkan tengah Jepun hari ini sekali gus mencetuskan amaran tsunami ketika orang ramai digesa berlindung di kawasan tinggi.

“Semua penduduk perlu berpindah segera ke kawasan tinggi,” kata Badan Penyiaran Jepun (NHK) selepas gempa bumi melanda Semenanjung Noto di Ishikawa sekitar pukul 4.10 petang (waktu tempatan).

Akhbar The Japan Times melaporkan, amaran tsunami dikeluarkan bagi mengarahkan penduduk meninggalkan kawasan-kawasan tepi pantai seperti Ishikawa, Niigata,Toyama dan Yamagata.

“Ombak setinggi 5 meter diramal melanda kawasan Semenanjung Noto,” kata NHK.

Gegaran daripada gempa tersebut turut dirasai di Tokyo dan seluruh wilayah Kanto.

Agensi berita AFP melaporkan, gelombang tsunami berbahaya mungkin berlaku di sepanjang pantai Jepun dalam jarak 300 kilometer dari pusat gempa. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI