fbpx
BARISAN pemain City bergambar bersama lima trofi dimenangi mereka sepanjang tahun 2023 sebelum aksi bertemu Sheffield di Etihad kelmarin. – AFP

City laung amaran pertahan lima trofi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola me­ngakui puas dengan pencapaian pasukannya sepanjang tahun 2023 meskipun gagal mempamerkan prestasi sebenar sejak beberapa perlawanan lepas.

Sebagai rekod, City menutup tirai kempen 2023 dengan cemerlang apabila menewaskan Shef­field United 2-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad kelmarin.

Lebih menarik, sebelum perlawanan, City menunjukkan semua lima trofi yang dimenangi mereka sepanjang tahun lalu kepada peminatnya seperti EPL, Piala FA, Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Piala Super Eropah dan Piala Kelab Dunia.

“Secara keseluruhan, saya sangat gembira dengan apa yang dicapai oleh pasukan pada separuh musim kali ini. Sasaran awal kita adalah layak ke pusingan kalah mati UCL dan bersaing di kedudukan teratas EPL.

“Buat masa sekarang, segalanya masih lagi berada di landasan yang tepat untuk mempertahankan trofi-trofi yang dimenangi musim lepas.

“Kita boleh lihat bagaimana sebelum perlawanan bermula dengan semua lima trofi ditunjukkan kepada umum di sta­dium ini dan ia adalah sesuatu yang cukup membanggakan buat ­pasukan kami.

“Cumanya saya akui pasukan mencatat penurunan prestasi sejak beberapa aksi lepas kerana sepatutnya kami boleh tampil lebih baik lagi,” katanya.

Pada aksi di Stadium Etihad itu, City yang masih turun tanpa kelibat penyerang utama, Erling Haaland berjaya menjaringkan gol menerusi Rodri dan Julian Alvarez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN