fbpx

‘Ayah tak sihat, suruh hantar barang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara penunggang motosikal yang diperiksa sepanjang Op Ambang Baharu itu. - Foto oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS / KOSMO!

SHAH ALAM – ‘Ayah minta hantar barang’. Itu alasan diberikan seorang pelajar tingkatan tiga yang ditahan kerana tidak mempunyai lesen memandu dalam Op Ambang Tahun Baharu di Lebuh Raya Persekutuan berhampiran Seksyen 7, awal pagi tadi.

Remaja berusia 15 tahun itu yang ditahan kira-kira pukul 2 pagi juga didapati menunggang motosikal yang tiada nombor pendaftaran selain telah melakukan pengubahsuaian ekzos.

Kata remaja mahu dikenali Hadi itu, dia diminta menghantar barangan tersebut dengan kadar segera di rumah rakannya di Seksyen 7 di sini.

“Ayah tidak sihat dan suruh saya hantar. Namun, saya tidak tahu barangan apa kerana dilarang untuk membuka kotak bungkusan itu.

“Selepas hantar, ayah pesan untuk terus pulang, namun tidak sangka ada ‘roadblock’ pula,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi memaklumkan sebanyak 162 kompaun dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sepanjang operasi selama tiga jam bermula pukul 12 tengah malam .

“Antara kesalahan yang paling banyak dikesan adalah tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran kenderaan selain mengubah suai kenderaan tanpa kebenaran.

“Enam notis turut dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada operasi tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI