fbpx

Banjir: Jumlah mangsa menurun kepada 6,865

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jumlah mangsa banjir terus mengalami penurunan dengan angka terbaru dikeluarkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) setakat pukul 12 tengah hari ini seramai 6,865 orang.

Menurut Laporan Harian Bencana Nadma, banjir masih berlaku di 11 daerah di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

“Mangsa banjir di Kelantan setakat pukul 12 tengah hari ini seramai 6,684 orang membabitkan 2,059 keluarga.

“Sementara itu, di Terengganu (6 mangsa membabitkan satu keluarga), Pahang (121 mangsa membabitkan 28 keluarga), manakala Johor (54 mangsa membabitkan 14 keluarga),” lapornya hari ini.

Tambah laporan itu, sebanyak 30 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih aktif dan angka kematian akibat bencana banjir kekal tiga orang iaitu seorang di Kota Bharu dan dua orang di Pasir Mas, Kelantan.

Laporan Harian Bencana Nadma turut memberitahu, daerah terlibat bencana banjir di Kelantan setakat pukul 12 tengah hari ini Kuala Krai, Pasir Mas, Jeli dan Tumpat, manakala Johor di daerah Segamat.

Seterusnya, banjir juga berlaku di Maran, Pahang dan di kawasan Kuala Terengganu, Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI