fbpx

Gelombang ketiga: Mangsa banjir Terengganu tinggal 354 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian guru bergotong-royong membersihkan SK Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu yang terjejas banjir hari ini.

KUALA TERENGGANU – Banjir gelombang ketiga yang melanda Terengganu sejak 23 Disember lalu semakin surut dengan hanya dua daerah terjejas semalam.

Ia melibatkan 354 mangsa daripada 98 keluarga masih berada di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Dungun dan Kuala Nerus.

Marang menjadi daerah terbaharu dan keenam pulih daripada banjir gelombang ketiga hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, sebahagian besar mangsa berada di Dungun.

“Ia melibatkan 348 orang daripada 97 keluarga yang masih berada di empat PPS di daerah itu.

“Bakinya enam sekeluarga yang terpaksa berlindung di PPS Dewan Sivik Pulau Duyong, Kuala Nerus,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI