fbpx

Cuaca buruk landa Johor, Sarawak sehingga 4 Januari depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan cuaca signifikan melibatkan barat dan tengah Sarawak serta selatan Semenanjung sehingga 4 Januari 2024.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin diramal berlaku di kawasan berkenaan.

“Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan di kawasan terbabit.

“Sementara itu, di negeri-negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam,” jelasnya.

Berikutan itu, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web rasmi dan media sosial MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Dalam perkembangan lain, MetMalaysia melaporkan satu gempa bumi kuat berukuran 6.0 magnitud telah berlaku di Luar Pantai Barat Utara Sumatera pada pukul 1.19 tengah hari tadi.

“Kejadian itu terletak di 2.5 darjah utara dan 93 darjah timur dengan kedalaman 19 km pada jarak 323 kilometer (km) barat dari Simeulue, Indonesia.

“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dan MetMalaysia diterima setakat ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI