fbpx

Mekah kaya dengan emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARAB Saudi menemui kawasan simpanan emas dekat lombong Mansourah Massarah, Mekah. - Foto Saudi Gazette

RIYADH  – Arab Saudi mengumumkan penemuan emas di kawasan sepanjang 100 kilometer ke selatan lombong Mansourah Massarah, kawasan pentadbiran Al Khurmah di wilayah Mekah, lapor portal berita Saudi Gazette semalam.

Syarikat Perlombongan Arab Saudi atau lebih dikenali sebagai Maaden berkata, pihaknya  menemui berbilang kawasan yang kaya dengan emas, menunjukkan potensi untuk mengembangkan perlombongan logam berharga itu di Al Khurmah.

Gergasi perlombongan itu berkata dalam satu kenyataan bahawa ia adalah penemuan pertama di bawah program penerokaan meluas yang dilancarkan pada 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif Maaden, Robert Wilt berkata, penemuan itu berpotensi untuk menjadi pusat penemuan emas dunia dan merupakan sebahagian daripada strategi pertumbuhan syarikat tersebut.

“Penemuan ini menjadi bukti potensi sumber mineral yang belum diterokai di Arab Saudi dan menjadikan perlombongan sebagai tonggak ketiga ekonomi Saudi,” katanya.

Sebanyak 67 peratus saham Maaden dimiliki oleh Public Investment Fund (PIF), dana kekayaan kerajaan dan merupakan syarikat perlombongan terbesar di rantau Teluk.

Mansourah Massarah adalah lombong emas terbaharu, terbesar dan paling maju dari segi teknologi di Arab Saudi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI