fbpx

Fahmi Fadzil ucap takziah kepada keluarga Fiza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Fiza adalah bekas pesakit kanser payudara namun sel barah berkenaan menyerang semula selepas enam tahun disahkan bebas daripada penyakit itu.

PETALING JAYA — Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga wartawan hiburan, Allahyarham Fiza Kamarudin yang meninggal dunia di London, malam
tadi.

Katanya, khabar duka itu diterima selepas beberapa jam beliau berkongsi keadaan Fiza atau Siti Nor Hafiza Kamarudin, 40, yang dimasukkan ke Hospital Charing Cross selepas rebah akibat pendarahan dalam otak.

“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Baru petang tadi saya maklumkan tentang wartawan Fiza Kamaruddin yang kritikal dan sedang menerima di London.

“Malam ini saya menerima khabar duka. Beliau telah meninggal dunia. Saya ucapkan takziah buat keluarga Allahyarhamah semoga tabah dengan ujian yang berat ini. Al-Fatihah,” katanya menerusi hantaran dalam Facebook.

Semalam, Fahmi meminta Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) untuk menyalurkan bantuan kepada Fiza menerusi Tabung Kasih Hawana.

Sebelum itu adik Allahyarham, Siti Nor Hafiza Kamarudin, 39, menyatakan kejadian berlaku beberapa jam sebelum kakaknya bersama suami, Mohd Roshdi Ramli serta dua anak mereka
menunggu penerbangan untuk berlepas pulang ke tanah air, kelmarin.

Pendarahan otak itu berpunca daripada sel kanser yang merebak ke seluruh anggota badan sehingga mengakibatkan kakaknya rebah di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow.

Allahyarham adalah bekas pesakit kanser payudara namun sel barah berkenaan menyerang semula selepas enam tahun disahkan bebas daripada penyakit itu.

Lebih menyayat hati, percutian yang dirancang ke London itu adalah hajat terakhir arwah bagi meraikan anak mereka iaitu Riyadh Haziq, 10, dan Raisya Hannah, 8.

Meskipun keadaan kesihatannya kurang baik, keluarga memilih untuk menunaikan hajat Fiza yang sebelum ini mendapat tajaan pakej percutian untuknya sekeluarga.

Sementara itu, difahamkan keluarga Allahyarham sedang membincangkan urusan pengebumian jenazah sama ada disempurnakan di sana atau dibawa pulang ke tanah air. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI