fbpx

1.2 juta pertubuhan dibanci meliputi semua sektor ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Mohd. Uzir.

PETALING JAYA – Sebanyak 1.2 juta pertubuhan dibanci meliputi semua sektor ekonomi termasuk perkhidmatan, pembuatan, pertanian, pembinaan dan perlombongan dan pengkuarian melalui pelaksanaan Operasi Banci Ekonomi sejak April 2023 lalu.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, sebanyak 1,089,630 atau 86.6 peratus pertubuhan aktif beroperasi, 4.9 peratus pertubuhan telah ditutup dan 8.5 peratus pertubuhan tidak beroperasi.

“Daripada 1,089,630 pertubuhan yang aktif pada 2022, sektor perkhidmatan merekodkan 949,360 pertubuhan atau 87.1 peratus. Ini diikuti sektor pembinaan sebanyak 71,165 pertubuhan (6.5%), sektor pembuatan 54,484 pertubuhan (5.0%), sektor pertanian 13,271 pertubuhan (1.2%) dan sektor perlombongan dan pengkuarian 1,350 pertubuhan (0.1%).

“Bagi sektor perkhidmatan, subsektor perdagangan borong dan runcit merekodkan peratusan tertinggi iaitu 47.0 peratus, diikuti subsektor makanan dan minuman iaitu 14.4 peratus dan subsektor perkhidmatan persendirian dan lain-lain aktiviti iaitu 6.8 peratus.

“Sektor pembinaan menunjukkan bahawa aktiviti pertukangan khas merupakan penyumbang utama dengan 36.5 peratus, diikuti kejuruteraan awam (22.7%) dan bangunan bukan kediaman (22.4%),” katanya.

Sementara itu, bagi sektor pembuatan, subsektor produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka menyumbang peratusan tertinggi dengan 19.0 peratus, diikuti produk kayu, perabot, keluaran kertas dan percetakan (17.9%) dan produk makanan (17.0%).

“Bagi sektor pertanian pula, subsektor tanaman adalah penyumbang terbesar iaitu sebanyak 69.8 peratus, diikuti ternakan yang menyumbang 15.1 peratus dan perikanan iaitu 10 peratus.

“Manakala bagi sektor perlombongan & pengkuarian, subsektor perlombongan mineral & pengkuarian adalah penyumbang terbanyak dengan 81.2 peratus, diikuti petroleum dan gas asli (18.8%),” jelasnya.

Berkata lanjut, negeri yang mempunyai peratusan pertubuhan aktif tertinggi ialah Selangor yang mencatatkan 25.3 peratus, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (13.8%) dan Johor (11.4%). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI