fbpx

Empat lelaki buat aksi ‘Superman’ di LPT1 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman memaparkan beberapa penunggang motosikal menunggang dengan aksi 'Superman'.

KUANTAN – Tindakan sekumpulan penunggang motosikal yang menunggang dengan aksi ‘Superman’ di Jambatan Ahmad Shah Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT 1) sehingga berlaku kemalangan dan tular di media sosial mengundang padah apabila mereka ditahan semalam.

Mereka yang ditahan adalah tiga pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan seorang pelajar sekolah berusia 15 tahun yang mana kesemua mereka mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan akibat kemalangan terbabit.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, penahanan itu dilakukan selepas pihaknya berjaya mengesan pemilik motosikal terbabit beserta alamat lengkap penunggang motosikal terlibat.

“Kita telah menahan empat lelaki berusia 15 hingga 22 tahun di rumah masing-masing di sekitar Temerloh dan Maran.

“Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Trafik Temerloh bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Mazlan berkata, pihaknya mengenal pasti terdapat seorang lagi suspek terlibat dalam kejadian tersebut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak polis.

Sebelum ini tular video berdurasi 28 saat memaparkan aksi berbahaya sekumpulan penunggang motosikal melakukan aksi ‘Superman’ sehingga mengakibatkan kemalangan.

Kejadian terbabit difahamkan berlaku pada Ahad lepas dan dirakam sendiri oleh salah seorang penunggang motosikal berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI