fbpx

Banjir: Mangsa di 5 negeri menurun kepada 24,733

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jumlah mangsa banjir di lima negeri melibatkan 18 daerah menurun kepada 24,722 orang berbanding 26,827, yang direkodkan pada 12 tengah hari tadi.

Berdasarkan Laporan Harian Bencana Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) setakat pukul 8 malam hari ini, ia membabitkan 7,652 keluarga yang ditempatkan di 101 pusat pemindahan sementara (PPS).

Bagaimanapun, menurut Nadma, keadaan banjir di Kelantan, Terengganu dan Johor masih menunjukkan trend meningkat bagi daerah Tumpat, Maran serta Segamat.

“Situasi di Cameron Highland, Pahang tidak berubah dengan 87 mangsa ditempatkan di satu PPS sementara di Sabah, banjir sudah beransur pulih,” katanya.

Dalam pada itu, Nadma berkata, Sungai Kota Bharu, Kelantan serta Sungai Setiu dan Kuala Terengganu, Terrengganu dilaporkan meningkat melepasi paras bahaya.

Susulan itu, katanya, sebanyak 76 laluan membabitkan jalan negeri dan jalan persekutuan di lima negeri telah ditutup ekoran banjir.

Tambahnya, bagi amaran ribut petir, cuaca buruk dijangka melanda Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai), Terengganu (Besut dan Kemaman), Pahang (Jerantut dan Maran) dan Selangor (Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang).

“Selain itu, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin), Melaka serta Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian),” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI